Seorang penjual besi buruk bertanya kepada seorang Ustaz..
"Ustaz..! Kenapa ya..! Saya merasa bosan dengan hidup saya yang
begini-begini..! Terus hambar, tak ada arahnya, tak ada nikmatnya..!
Bosan saya Ustaz..! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah ya?"
Ustaz pun menjawab :
"Oohh..! Mungkin masa ini Allah juga lagi bosan dengan tuan."
"Allah bosan dengan saya? Maksudnya macamana Ustaz?" Tanya si tukang besi kembali.
Ustaz menjelaskan :
"Mungkin Allah penat cari tuan tapi tak pernah jumpa pun. Dicari di
antara ahli dhuha, tuan tak ada. Dicari di antara ahli tahajjud juga tak
ada.
Dicari di antara ahli puasa sunat juga tak ada. Dicari di antara ahli sedekah, juga tak kelihatan.
Dicari di antara ahli Qur'an, tuan juga tak ada di sana. Dicari di antara ahli umrah, niat pun tuan belum buat.
Dicari di antara orang-orang yang khusyuk solatnya, tuan juga tak ada.
Dicari di antara ahli selawat pun tak ada. Dicari di antara yang
menuntut ilmu apa lagi.
Lalu Allah swt mau cari tuan di mana lagi..? Cuba tuan bagitau..! Cakaplah jangan terdiam pulak..!"
Lalu..! Menangislah si tukang besi tadi sambil mengusap airmatanya, dia beristighfar.
Segeralah kembali kepada Allah..! Dekatliah Allah. Hanya Allah sajalah ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.
Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

No comments:
Post a Comment