Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Nov 26, 2010

Jalan Kemenangan



[1] Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,

[2] Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

[3] Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

[4] (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[5] (Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);

[6] Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik – lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik – lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Surah Al-Fath (ayat 1-6) - Muhammad Taha Al-Junaid

Nov 25, 2010

Kemaafan Dendam Terindah

Firman Allah SWT:
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
|Surah Al-Imran 3:134-135|

Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
|Surah At-Tagabun 64:14|

Nov 24, 2010

Solat

NABI Muhammad SAW pernah ditanya apakah Islam, lantas Baginda menjawab:
Islam itu dibangunkan atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan dan haji ke rumah Allah (Baitullah).
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung.
(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Sabda Baginda SAW lagi:
Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran dengan meninggalkan solat.
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Sumber: Solat Khusyu'

Nov 23, 2010

Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah

Allah S.W.T berfirman;
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
|Surah Az-Zumar 39:53-54|

Nov 22, 2010

Kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (220) Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? (221) Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, (222) Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta. (223) Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala. (224) Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? (225) Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? (226) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu) dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali. (227)

|Surah Al-Shuara 26:220-227|

Calon-calon Syurga Dan Neraka

Sabda Rasul saw: "Semua ummatku layak masuk syurga kecuali mereka yang sengaja enggan masuk syurga."

Sahabat bertanya: "Siapakah yang enggan masuk syurga itu ya Rasulullah?"

Jawab Rasulullah saw: "Sesiapa yang taat kepadaku layak masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga."

Seterusnya..

Nov 21, 2010

Syurga

Allah S.W.T berfirman;

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
[Surah Al-Baiyina 98:7-8]

Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”; Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya..
[Surah Al-Insan 76:5-6]

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
[Surah Al-Fajr 89:27-30]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
[Surah Al-Buruj 85:11]

Nov 20, 2010

Solat itu Wajib

Solat itu wajib, jangan biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna.

Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.

Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.

Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.

Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaalah yang sunat pun akan berkat.

Nov 19, 2010

Kebebasan Beragama

Visi kebebasan beragama merupakan hal yang sangat jelas dalam ajaran Islam (Q.S. al-Baqarah: 256, al-Maidah: 48). Manusia bebas untuk memiliki keyakinan apapun yang dipilihnya. Tidak seorang pun berhak untuk menghina keyakinan orang lain, atau mengutuk, menuntut dan menghukumnya.

Firman ALLAH:
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.
|Surah Al-Kafirun 109:1-6|

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).
|Surah Al-Baqarah 2:256|

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
|Surah Al-Maidah 5:48|

Nov 18, 2010

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 5-6)

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).”
(Surah a-Talaq: 2-3)

Artikel Penuh: Pastinya Ada Kemudahan Pada Setiap Kesulitan

Nov 17, 2010

Ya Allah! Janganlah Engkau pesongkan hati kami...

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ (٨) رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوۡمٍ۬ لَّا رَيۡبَ فِيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (٩

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (9)

[Surah Al-Imran 3:8-9]

Nov 16, 2010

Doa Menaiki Kenderaan Darat

Tiupan Sangkakala

[1] Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;
[2] Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;
[3] Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;
[4] Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;
[5] Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -
[6] Pada masa berlakunya “tiupan sangkakala yang pertama” yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),
[7] Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);
[8] Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,
[9] Pemandangannya tunduk gerun.
[10] Mereka (yang ingkar) berkata: “Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?
[11] “Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?”
[12] Mereka berkata lagi (secara mengejek: “Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!”
[13] (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -
[14] Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.

[Surah An-Nazi’at 79:1-14]

Nov 15, 2010

Al-Quran Nur Hidayah Petunjuk Allah

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu;

~ lampu itu dalam geluk kaca (qandil),
~ geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang;
~ lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari);
~ hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api;

(sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[surah An-Nur 24:35]

Amalan membaca Al-Quran

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
[Surah Fatir 35:29]

Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya). Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.
[Surah An-Naml 27:1-3]

Al-Quran: Hidayah petunjuk yang cukup lengkap

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap; dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[Surah Al-Jathiyah 45:11]

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
[Surah Sad 38:29]

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh. Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
[Surah Luqman 31:1-2]

Nov 14, 2010

Mereka yang tidak diberikan hidayah

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

...Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
[Surah Al-Munafiqun 63:6]

...Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim (yang degil dalam kekufurannya).
[Surah Al-Ahqaf 46:10]

...Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.
[Surah Ghaffir: 40:28]

...Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
[Surah Az-Zumar 39:3]

Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
[Surah Al-Qasas 28:56]

Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya); dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya).
[Surah Yunus 10:100]

Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).
[Surah Al-Lail 92:12]

...Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
[Surah Al-Muddaththir 74:31]

...Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).
[Surah Asy-Syura 42:13]

Nov 13, 2010

Anak Soleh



Album: Permata Ayah Bonda
Munsyid: Aeman

Kami anak-anakmu ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Nov 12, 2010

7 golongan pelaburannya dijamin pahala di Akhirat

Yazid Arraqqasyi meriwayatkan dari Anas r.a. berkata: “Tujuh golongan yang dapat menerima pahalanya sesudah mati iaitu:

  • Siapa yang membangunkan masjid maka tetap mendapat pahalanya selama ada orang sembahyang didalamnya.
  • Siapa yang mengalirkan air sungai, selama ada yang minum daripadanya.
  • Siapa yang menulis mushaf, ia mendapat pahala selama ada orang yang membacanya.
  • Orang yang menggali perigi, selama masih ada orang mempergunakan airnya.
  • Siapa yang menanam tanaman, selama dimakan oleh orang atau burung.
  • Siapa yang mengajar ilmu yang berguna, selama dikerjakan oleh orang yang mempelajarinya.
  • Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mendoakan dan membaca istighfar baginya, yakni jika mendapat anak lalu diajari ilmu dan al-quran, maka ayahnya akan mendapat pahalanya selama anak itu melakukan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri, sebaliknya jika dibiasakan berbuat maksiat, fasik maka ia mendapat dosanya tanpa mengurangi dosa orang yang berbuat sendiri.

3 amalan yang paling rendah

Seorang hakim berkata: "Jika engkau tidak dapat mengerjakan yang tiga, maka kerjakanlah yang tiga iaitu:
  • Jika engkau tidak dapat berbuat kebaikan maka jangan berbuat kejahatan
  • Jika engkau tidak dapat berguna kepada manusia maka jangan kejam pada mereka
  • Jika engkau tidak dapat berpuasa maka jangan makan daging manusia"

3 Sifat orang Mukmin terbaik

Yahya bin Mu’aadz berkata: "Jadikanlah bagian orang mukmin daripadamu tiga macam supaya tergolong orang yang baik iaitu:
  • Jika kau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikannya (merosakkan)
  • Jika engkau tidak dapat menyenangkannya maka jangan menyusahkannya
  • Jika engkau tidak memujikannya maka jangan mencelanya"

Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya

Firman Allah swt:

“Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, mereka tidak akan dapat melambatkannya dan tidak pula dapat mempercepatkannya walau sesaat jua pun.”
[Al-A’raf: 34]

“Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kamu kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu.”
[Hud: 3]

Nov 11, 2010

Adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik?

[15] Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

[16] Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

[17] Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

[18] (Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).

[19] Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

[20] Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.

As-sajdah:12-13

Nov 10, 2010

Ketika orang-orang yang berdosa menundukkan kepalanya

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”.


As-sajdah:12-13

Nov 9, 2010

Dan bulan hilang cahayanya

Surah Al-Qiamat


[1] Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

[2] Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

[3] Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

[4] Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

[5] (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

[6] Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”

[7] Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),

[8] Dan bulan hilang cahayanya,

[9] Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

[10] (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”

[11] Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

[12] Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

[13] Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

[14] Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

[15] Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

[16] Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

[17] Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

[18] Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

[19] Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

[20] Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

[21] Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).

[22] Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;

[23] Melihat kepada Tuhannya.

[24] Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,

[25] Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.

[26] Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

[27] Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”

[28] Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;

[29] Serta kedahsyatan bertindih-tindih;

[30] (Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan).

[31] (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!

[32] Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!

[33] Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.

[34] (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

[35] Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

[36] Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

[37] Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

[38] Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

[39] Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.

[40] Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu – tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Nov 8, 2010

Hari ditiup Sangkakala

[102]
(Iaitu) hari ditiup Sangkakala, dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya.

[103]
Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: “Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja”.

[104]
(Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: “Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat”.

[105]
Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: “Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.

[106]
“Lalu Ia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin”.

[107]
Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.

[108]
Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya; dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.

[109]
Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada orang yang diredai perkataannya.

[110]
Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi.

[111]
Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.

[112]
Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.

[113]
Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.

Surah Ta-Ha: 102-113

Nov 7, 2010

Jazakallahu Khairan

Dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Barangsiapa yang diberikan sesuatu kebaikan, maka hendaknya dia ucapkan ‘Jazakallahu khairan (semoga Allah membalas kebaikanmu)’ kepada orang yang memberi kebaikan. Sungguh hal yang demikan telah bersungguh-sungguh dalam berterimakasih.”

جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا
“Semoga Allah membalas kebaikanmu”

Apabila ucapan tersebut ditujukan kepada wanita, maka dhamir (kata gantinya) diubah menjadi:

جَزَاكِ اللَّهُ خَيْرًا
“Jazakillahu khairan”

Apabila ditujukan kepada sekumpulan orang, maka gantilah dengan:

جَزَاكُمُ اللَّهُ خَيْرًا
“Jazakumullahu khairan”

Sumber: ILoveAllaah

Nov 6, 2010

Tahiyat Akhir


Maksudnya:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Duduk Antara Dua Sujud


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli
(Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni
(sayangi aku)

Wajburnii
(tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii
(angkatlah darjatku)

Warzuqnii
(berilah aku rezeki)

Wahdinii
(berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii
(sihatkan aku)

Wa'fuannii
(maafkan aku)

Nov 5, 2010

10 Malaikat

Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,
"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diciptakan kepada kalian."
(HR. Muslim no. 2996, dari ‘Aisyah radhiyallaHu ‘anHa)

Malaikat ialah makhluk Allah yang taat. mereka tidak pernah menderhaka. Semua arahan dan tugas yang dipertanggungjawabkan Allah dilaksanakan oleh para Malaikat dengan penuh ketaatan dan dedikasi.

Bilangan Malaikat amat banyak. Namun begitu bilangan yang wajib diketahui adalah sebanyak 10 malaikat.
  1. JIBRIL
    Menyampaikan wahyu kepada para Rasul dan Nabi. Jibril merupakan ketua bagi semua Malaikat.

  2. MIKAIL
    Menurunkan hujan dan mengatur pembahagian rezeki.

  3. ISRAFIL
    Meniup sangkakala pada hari qiyamat sebanyak dua kali. Kali pertama menandakan kehancuran alam. Kali kedua menandakan bahawa manusia dihidupkan kembali.

  4. IZRAIL
    Mengambil nyawa setiap makhluk yang bernyawa.

  5. MUNKAR
    Menyoal orang mati di dalam kubur.

  6. NAKIR
    Menyoal orang mati di dalam kubur.

  7. RIDWAN
    Menjaga pintu syurga

  8. MALIK
    Menjaga pintu neraka.

  9. RAQIB
    Mencatat amalan baik setiap manusia.

  10. 'ATID
    Mencatat amalan buruk setiap manusia.

Kiamat: Masa yang Terundur

(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.
[Al-Anbiya 21:104]

Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan! Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!
[Al-Jathiya 45:28-29]

Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata.
[Al-Naml 27:75]

Bacaan Lanjut: The Physics of the Day of Judgement

Tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah

Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu [hendak] memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya? (99)

Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya. (100)

Katakanlah: "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfa’at tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman". (101)

Mereka tidak menunggu-nunggu kecuali [kejadian-kejadian] yang sama dengan kejadian-kejadian [yang menimpa] orang-orang yang telah terdahulu sebelum mereka. Katakanlah: "Maka tunggulah, sesungguhnya akupun termasuk orang-orang yang menunggu bersama kamu". (102)

Surah YUNUS: 99-102

Nov 3, 2010

Ringkasan I’tiqad Ahlussunnah wal Jama’ah

Iman ialah mengikrarkan secara lisan dan membenarkan dengan hati. Disempurnakan pula dengan mengerjakannya dengan anggota. Tuhan itu wujud, namaNya Allah SWT dan mempunyai 99 Asma-Ul-Husna.

Tuhan mempunyai sifat banyak sekali. Dibahagikan kepada 3 bahagian – Sifat Jalal (Kebesaran), Jamal (Keindahan) dan Kamal (Kesempurnaan). Sifat yang wajib diketahui ialah oleh sekelian mukmin yang baligh berakal ialah 20 sifat yang wajib. Manakala 1 adalah harus iaitu Boleh Memperbuat. Wajib dipercayai Malaikat itu ada dan dalam jumlah yang banyak. Tetapi yang wajib diketahui hanyalah 10 jumlahnya.

Wajib dipercayai adanya kitab-kitab suci yang diturunkan Allah SWT kepada Rasul-RasulNya untuk disampaikan kepada kaum/umatnya ketika itu. Kitab-kitab suci ini banyak namun yang wajib dipercayai hanyalah 4 buah.

Mempercayai semua Rasul-Rasul yang diutuskan Allah SWT kepada manusia. Rasul-Rasul ini ramai bilangannya tetapi yang wajib dipercayai hanyalah 25 orang.

Wajib mempercayai hari akhirat - kematian, azab kubur, kiamat, kebangkitan di Padang Mahsyar, hisab – perhitungan dosa dan pahala, timbangan dosa dan pahala, titian Shirathal Mustaqim, Telaga Kautsar, balasan Syurga dan Neraka dan melihat Allah SWT di Syurga - dengan mata dan kepala, cara mana kita tidak tahu, kita hanya disuruh meyakininya dan jangan pula beranggapan bahawa Allah SWT itu ada di dalam Syurga tetapi kita pasti akan melihatNya.

Mempercayai Qadha dan Qadar sebagai Takdir Illahi sebagaimana berikut: Segala yang terjadi di dunia ini sudah ada Qadha Allah SWT iaitu hukum Allah SWT sejak azali, bahawa hal itu akan terjadi. Segala yang terjadi di dunia ini – buruk dan baik pada hakikatnya dijadikan Allah SWT dan manusia hanya menjalani takdir.Yang ada pada manusia hanyalah kasab, ikhtiar dan usaha.

Pahala anugerah Allah SWT adalah kerana kurniaNya dan hukuman yang diberikan Allah SWT adalah kerana keadilanNya.

Allah bersama AsmaNya dan SifatNya, semuanya qadim dan berdiri di atas Zat yang qadim. Al-Qur’anul Karim adalah Kalamullah yang qadim bukannya hadits atau makhluk.

Rezeki manusia telah ditakdirkan sejak azali – tidak berkurang dan tidak bertambah. Manusia disuruh mencari rezeki, berusaha dan tidak boleh menunggu sahaja. Walaupun begitu, adalah tidak mustahil bagi Allah SWT untuk mengurniakan rezeki kepada manusia tanpa sebarang usaha.

Bahawa tawakkal, usaha, berdoa, harap, takut, syukur dan redha adalah suatu maksud yang bersatu dan tidak bercerai berai.

Ajal setiap manusia sudah ada di dalam ketetapan Allah SWT – tidak didahulukan dan tidak pula dikemudiankan walaupun sedetik. Tetapi manusia diperintahkah Allah SWT supaya berubat jika sakit dan tidak boleh menunggu ajal sahaja.

Doa orang mukmin akan memanfaatkan dirinya dan bagi yang didoakan olehnya.

Pahala sedekah, wakaf dan pahala bacaan tahlil/selawat/Al-Qur’an boleh dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia dan akan sampai kepada mereka yang meninggal jika dimohon kepada Allah SWT untuk menyampaikannya.

Ziarah maqam/kubur samada Rasulullah SAW, ibubapa, ulama’, aulia’, syuhada’, para sahabat Baginda SAW dan lain-lain yang berkaitan adalah sunat hukumnya.

Berdoa kepada Allah SWT secara langsung atau bertawassul menggunakan nama Rasul-Rasul, Anbia’, Aulia’, Sholihin dan lain-lain yang berkaitan dengannya adalah sunat hukumnya.

Masjid di seluruh dunia adalah sama darjatnya kecuali 3 buah iaitu Masjid Makkatul Mukarramah, Madinah Munawarah dan Baitul-Muqaddis. Bersolat di masjid-masjid ini adalah ibadat dan pahala diberikan.

Seluruh manusia adalah keturunan daripada Nabi Adam AS yang berasal daripada tanah.

Jin, Iblis dan Syaitan dijadikan Allah SWT daripada api/cahaya dan dasar api yang sangat panas. Para Malaikat dijadikan daripada Nur.

Mempercayai kewujudan bumi dan langit.

Asma Allah SWT tidak boleh direka-reka kecuali yang telah termaktub dalam Al-Qur’an dan Al-Hadis.

Sekiranya terdapat ayat-ayat Al-Qur’an yang seolah-olah menyatakan bahawa Tuhan itu bertubuh, bertangan, berupa, duduk dan turun seumpama manusia, maka Ulama’ Ahlussunnah wal Jama’ah mentakwil/tafsirkan ayat-ayat ini secara majazi bukan mengikut asal pengertian dari perkataan-perkataan itu. Kemudiannya mereka menyerahkan maksud sebenarnya kepada Allah SWT semata-mata yang Maha Mengetahui yang sirr.

Kebangkitan sesudah mati hanyalah sekali. Manusia yang asalnya tiada, kemudian dilahirkan ke dunia, sesudah itu mati dan akhirnya bangkit untuk dibicarakan. Manusia tidak mungkin hidup kembali atau dilahirkan semula dalam bentuk yang lain atau masuk ke dalam tubuh manusia/tanasukh arwah (kecuali perbuatan bida’ah sihir dan jin/iblis/syaitan) dsb.

Anugerah pahala dan dosa termasuk mengutus para Rasul adalah kurnia dan keadilanNya dan bukanlah Allah SWT dipaksa, terpaksa atau menjadi suatu kewajiban. Maha Suci Allah SWT daripada segala kekurangan.

Wajib diketahui dan diyakini oleh seluruh umat Islam bahawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW diputerakan di Makkatul-Mukarramah. Baginda diangkat menjadi Rasul semasa berumur 40 tahun dan diturunkan ayat-ayat Al-Qur’an berturut-turut/berperingkat selama 23 tahun. Selepas 13 tahun menjadi Rasul, baginda berhijrah, menetap dan wafat di Madinah.Rasulullah SAW adalah manusia seperti kita dan bukannya seorang malaikat.

Baginda makan, minum, tidur, berkahwin dan berkeluarga. Namun begitu, kemanusiaan baginda adalah luar biasa dan kuat– rohani dan jasmaninya kerana kepada baginda diturunkan wahyu Illahi yang sekiranya diturunkan kepada bukit nescaya hancur-leburlah bukit berkenaan. Baginda adalah Saidul Khalaik iaitu makhluk Allah SWt yang termulia, diikuti oleh para Rasul dan Nabi dll.

Silsilah Rasulullah SAW ialah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Marrah bin Ka’ab bin Luai bin Galib bin Fihir bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Ma’ad bin Adnan. Dari pihak bondanya Aminah pula ialah Muhamamad bin Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab dan seterusnya sebagaimana sebelah Ayahandanya, Abdullah.

Isteri-isteri Rasulullah SAW dari bermula perkahwinannya sehingga wafat adalah:- Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid, ‘Aisyah binti Abu Bakar, Hafshah binti Umar, Ummul Salamah binti Abi Umaiyah, Ummu Habibah binti Abu Sufyan, Sauda binti Zam’ah, Zainab binti Khuzaimah, Maimunah binti Harith, uwairiyah binti Harith dan Safiyah binti Hay RADIALLAHU ANHUNNA.

Anakanda-anakanda Rasulullah SAW ialah Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Siti Fatimah, Qasim, Abdullah dan Ibrahim (kesemua anakanda lelaki diwafatkan Allah SWT semasa kecil mereka) RADIYALLAHU ANHUM.

Rasulullah SAW diutuskan Allah SWT kepada seluruh manusia, tidak kira bangsa, keturunan, negeri, agama, etnik, warna kulit dsb.

Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit dengan ruh dan jasadnya menerusi Baitul-Muqaddis pada 27 Rejab dan baginda kembali pada malam yang sama untuk membawa perintah solat 5 waktu sehari semalam.

Rasulullah SAW adalah yang mula-mula diangkat menjadi Nabi & Rasul sebelum Nabi Adam AS di mana Nabi Adam AS telah terlihat, menghafal dan membacakan nama Rasulullah SAW tertera di tiang Arash. Dan baginda juga merupakan Nabi & Rasul yang terakhir dilahirkan ke dunia.

Rasulullah SAW memberikan syafa’at di akhirat kepada seluruh manusia setelah manusia mendesak hisab disegerakan di Padang Mahsyar.

Sesudah kewafatan Rasulullah SAW, maka penggantinya (bukan sebagai Nabi atau Rasul) adalah Khulafa Ar-Rasyidin iaitu Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Usman dan Sayyidina Ali RADIYALLAHU ANHUM.

Wajib diyakini bahawa kesemua sahabat Rasulullah SAW seperti Khulafa Ar Rashidin, Talhah Ibnu Ubaidillah, Zubir Ibnu Awam, Abdul Rahman bin Auf, Sa’ad Ibnu Abi Waqash, Said Ibnu Zaid, Abu Ubaidah, Amir Ibnu Jarrah, Zaid Ibnu Tsabit, Ahli Perang Badar dan Uhud, Ahli Baitul Ridhwan dan lain-lain sahabat baginda telah dijamin Syurga.

Dalam soal pertikaian dan peperangan yang terjadi antara para sahabat Rasulullah SAW seumpama Peperangan Jamal antara Siti Aisyah dan Sayyidina Ali, Peperangan Siffin antara Sayyidina Ali dan Mu’awiyah tidak boleh dibahaskan atau disokong mana-mana pihak. Tanggapan yang paling tepat ialah peperangan berkenaan adalah menurut ijtihad masing-masing di mana yang benar mendapat dua pahala dan yang salah mendapat satu pahala sahaja.

Perlu diyakini bahawa sekelian keluarga baginda SAW khususnya Siti Aisyah Ummul Mukminin yang tertuduh melakukan kesalahan adalah suci bersih dari sebarang noda di mana fitnah ini telah dilancarkan ke atas keluarga Rasulullah SAW adalah direka-reka semata-mata.

Darjat Kerasulan adalah kurniaan Allah SWT dan tidak boleh diusaha-usahakan menerusi khilwah, tahannus, suluk, belajar pondok dsb. Rasul-Rasul Allah SWT dianugerahkan Mukjizat yang luarbiasa, ganjil dan mencarik adat kemanusiaan biasa.

Meyakini adalah Karomah iaitu perkara-perkara mencarik adat berlaku di kalangan Aulia Allah SWT termasuk para Solihin. Menolak sekeras-kerasnya istidra’ yang berasal daripada sihir atau amalan yang sengaja ditunjuk-tunjukkan, permainan halus/jin/iblis/syaitan dan yang seumpamanya.

Wajib dipercayai adanya Arash iaitu ciptaan Allah SWT dari Nur, berada di tempat yang tinggi dan mulia, yang tidak diketahui hakikat dan kebesarannya kecuali Allah SWT sendiri yang Maha Mengetahuinya. Begitu juga dengan Kursi yang bertalian dengan Arash – juga tidak diketahui hakikat kedudukannya.

Wajib dipercaya adanya Kalam, ciptaan Allah SWT untuk menuliskan sesuatu yang akan terjadi di dalam Luh Mahfuz.

Syurga dan Neraka bersama penduduknya akan kekal selama-lamanya.

Terdapat dosa besar dan dosa kecil. Dosa kecil diampunkan selagi tidak dikerjakan dosa besar dan dosa besar hanya dapat diampuni menerusi taubat kepada Allah SWT.

Menerima Al-Qur’an dan Al-Hadis serta merujuk kepada ijmak ulama dan kias tanpa sebarang keraguan lagi.

Demikianlah secara ringkas mengenai i'tiqad Ahlussunnah Wal-Jamaah. Banyak lagi yang tidak dapat dinukilkan di sini. Moga-moga risalah kecil ini dapat memberikan taufiq dan hidayah kepada saudara-saudari pembaca.

Sumber asal

Doa

DOA

Rasulullah SAW bersabda; “Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku. Oleh itu wahai hamba Allah, hendaklah kamu berdoa.”
(HR Ahmad Al Hakim)


Segala puji hanya milik Allah, Tuhan sekalian alam. Maha Suci Allah yang menciptakan kami ummat manusia, yang punyai akal, punyai emosi juga nafsu.

Terima kasih Allah, dan ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah, sungguh kami makhluk yang mudah benar lupa dan alpa. Lalai dalam melaksanakan amanah dan suruhan. Mudah pula membuat kerosakan dan melanggar suruhan-Mu.

Astaghfirullahalazim...

Nov 2, 2010

Allahuakbar (الله أكبر)

الله أكبر
Allah Maha Besar


Kalimah "Akbar" adalah dalam wazan tafdheel, justeru akbar bermaksud yang Maha Besar, yakni yang paling besar.

Justeru kalimah Allahuakbar bermaksud, bahawasanya Allah lah yang paling besar, yang paling penting, dan paling mustahak. Tiada perkara lain yang lebih utama berbanding Allah Ta'ala. Segala perintah Allah mesti didahulukan dari segala urusan yang lain. Larangan Allah mestilah dijunjung dan diutamakan dari tuntutan dan pujuk rayu hawa nafsu. Justeru, Allah lah yang paling utama dan paling besar dalam alam ini, dan paling besar dalam kehidupan setiap hamba.

Alhamdulillah (الحمد لله)

الحمد لله
Segala pujian bagi Allah


Maksudnya jelas lagi tegas, iaitu: segala pujian itu adalah bagi Allah. Hanya untuk Allah. Iaitu, segala ucapan pujian, kesyukuran dan penghargaan itu hanya layak bagi Allah, kerana Dialah yang menjadikan segala nikmat, dan segala perjalanan dunia ini dialah yang mengaturnya. Maka jika ada sesuatu yang menggembirakan, sememangnya yang paling layak untuk menerima pujian dan penghargaan adalah Allah, kerana dialah yang telah menetapkan segala-galanya.

Seharusnya apabila kita dipuji,sebaik-baiknya kita panjangkan terus pujian itu pada Allah dengan ucapan Alhamdulillah, kerana Dialah yang sebenarnya layak untuk pujian itu, dan dengan berbuat demikian boleh mengelakkan kita daripada takabbur dan bangga diri.

Dan tidak salah mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan sesama manusia, kerana sabda Rasulullah s.a.w.:

لَا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ
"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah"
(Hadith riwayat Ahmad, Abi Daud dan Turmuzhi)

Namun, harus diingat, bahawa ucapan syukur dan pujian sesama manusia adalah bersifat majaz (kiasan) semata-mata, kerana hakikatnya, Allah lah yang menjadikan segala-galanya. Justeru setiap kali kita memuji atau dipuji, haruslah kita ingat bahawasanya yang sebenar-benar layak bagi segala pujian adalah Allah, supaya kita tidak terjerumus dalam lembah kesyirikan dan takabbur.

Subhanallah (سبحان الله)

سبحان الله
Maha Suci Allah

Maksud literalnya adalah "Maha Suci Allah". Jika dikaji dari sudut bahasa, kalimah "Subhaana" adalah membawa maksud tanzeeh, yakni penyucian dan pembersihan dari segala kekurangan dan kelemahan. Ia terdapat dalam beberapa tempat dalam al-Quran:

"Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu."
(al-Mu'minuun: 91)

"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)."
(al-Qasas: 68)

Daripada ayat-ayat di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa kalimah "Subhaanallah" adalah bermaksud Allah Subhaanahu Wata'ala adalah Suci dari segala kekurangan, kelemahan dan ketidak sempurnaan yang tidak layak bagiNya.

Justeru, apabila melafazkan kalimah "Subhaanallah" , seharusnya terlintas di dalam hati kita bahawa Allah Ta'ala itu Maha Agung, Maha Sempurna serta langsung tidak ada kekurangan atau kelemahan. Dari itu, akan lahirlah rasa bahawa diri kita ini adalah hamba yang hina kerana kita ini serba kekurangan dan banyak membuat kesilapan. Lalu wajarlah Allah Taala itu disembah dan ditaati, dan kita pula langsung tidak layak untuk menderhakai Allah, walaupun sedikit.

Nov 1, 2010

There is no god but Allah

لا إله إلا الله

Many non-Muslims have come to incorrectly believe that Allah is the ‘God of Muslims’ – A deity somehow different from the God of the other faiths. It should be emphasised that the term “Allah” has no implied meaning at all of an Arabian god, a Moon god or even a Muslim god.

Muslims are not claiming any exclusiveness when they say "Allah". However Allah is simply the Arabic Name of the one Almighty God; the same name by which Arabic-speaking Jews and Christians, refer to God.

The Allah comes from the term ‘al-ilaah’. Al is the definite article in Arabic, equivalent to ‘the’ in English, while ilaah means ‘a deity or god’. So Allah means The God. This is beautifully articulated in the first pillar of Islam which is to believe that God is One, in Arabic it would be, "La Ilaha Illallah" meaning "There is no god but God".