Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Dec 19, 2011

Be happy!

Janganlah memberatkan dirimu dan bersedih kerana mengenangkan apa yang akan mendatang hari esok, kerana kemungkinan esok itu tiada bagimu, tatkala itu rugilah akibat terhalangnya kegembiraan & keceriaan untuk hari ini.

Dec 13, 2011

Self Reflection

Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya. Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.