Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Jan 31, 2013

Doa Ibu Mengandung

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya wanita ketika dia hamil merupakan berjihad di jalan Allah."
Rasullulah menjelaskan kepada semua wanita bahawa "Sesungguhnya wanita ketika waktu hamil, kelahiran dan ketika penyusuan adalah perjuangan di jalan Allah. Jika dia mati, matinya dianggap mati syahid."

Setiap kali merasakan pergerakan janin, ibu hamil perlu membaca doa berikut iaitu: "Moga Allah melindungimu, menerimamu dan dilindungi daripada syaitan. Wahai Tuhanku, lindungilah dia daripada syaitan. Wahai Tuhanku, lindungilah dia daripada malapetaka. Wahai Tuhanku, jadikan dia orang yang soleh."