Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Oct 31, 2010

La Ilaha Illallah

لا إله إلا الله

Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah."

|Riwayat Al-Imam Ahmad|


Rasulullah bersabda :

"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan La Ilaha Illallah maka ia dimasukkan kedalam surga."

|HR. Hakim|


Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: "Bukankah La Ilaha Illallah itu kunci syurga?"

Wahab menjawab: "Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi. Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu."

'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.


Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah."

|Riwayat Al-Imam Ibnu Majah|


Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

"Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas."

|Riwayat Al-Imam Al-Bukhari|


Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

"Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga."

Lalu ditanyakan kepada baginda: "Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?"

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram."

|Riwayat Al-Imam At-Thabrani|


Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah La Ilaha Illallah."

|Riwayat Al-Imam Al-Hakim|


Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat."

|Riwayat Al-Imam At-Thabrani|

Oct 29, 2010

Selawat ke atas Nabi


Berkata Zaid B. Kharijah:

Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau pun bersabda: Berselawatlah ke atasku dan bersungguh-sungguhlahlah di dalam berdoa dan katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.

Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, 5/67, no. 1275. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, 3/436, no. 1292.


Rujukan:
Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi
Keajaiban Selawat

Oct 27, 2010

Nabi dan Rasul

Siapakah Rasul?

Rasul adalah lelaki yang telah dipilih oleh Allah dari kalangan manusia untuk menjadi utusan dalam menyampaikan berita gembira bagi yang beriman dan khabar buruk bagi mereka yang ingkar.


Apakah beza Nabi dan Rasul?

Nabi adalah lelaki yang menerima wahyu syariat daripada Allah untuk dilakukan oleh dirinya sendiri tanpa disuruh menyampaikannya kepada orang lain.

Rasul adalah lelaki yang menerima wahyu syariat daripada Allah untuk dilakukan oleh dirinya sendiri dan disuruh untuk menyampaikannya kepada orang lain.


Bilangan Nabi dan Rasul

Bilangan 25 rasul yang dinyatakan di dalam al-Quran tidaklah terhad setakat itu sahaja. Bahkan Allah sendiri telah berfirman:

Maksudnya:

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah."

(Ghaffir 40:78)



Sebahagian ulama’ telah menyatakan bahawa bilangan keseluruhan Nabi dan Rasul adalah 124,000 orang. 315 daripadanya adalah Rasul (termasuk 25 yg disebut di dalam al-Quran) dan selebihnya adalah nabi.

(al-Jazairi: 2003)


Ulul 'Azmi

Ulul 'Azmi bermaksud orang yang mempunyai cita-cita yang kuat dalam menjalankan tugas dan sabar menerima penderitaan.

Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Muhammad adalah nabi-nabi pilihan Allah yang memiliki kisah perjuangan luar biasa. Begitu banyak pengorbanan dan kesulitan yang mereka hadapi. Namun, para nabi tersebut tidak menyerah dan putus asa menyampaikan perintah-perintah Allah SWT kepada umatnya.

Perkahwinan Rasulullah dan Saidatina Aisyah

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,

“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya”
[HR Bukhari dan Muslim].

Bahan Rujukan dan Penerangan:

1) Memperbetulkan Serta Menjawab Pertuduhan Yang Menyatakan Rasulullah s.a.w. seorang Kaki Perempuan dan Paedophile. Bahagian 7.1 (Siti A'isyah r.a.)

2) Saidatina Aisyah (Bah III)
 

Oct 26, 2010

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar



Wahai Kekasih (Kalau Segalanya)

Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namun hati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kau tempuhi jua.

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.

Di akhirat kita kan bersua.

Nazrey Johani

Oct 25, 2010

Surah Al-Kautsar

Surah Al-Kautsar

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَعۡطَيۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ (١) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ (٢) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

8) Baca sebelum memasak makanan. InsyaAllah makanan menjadi sedap.

Doa untuk Pengantin Baru

بارك الله لك وبرك عليك وجمع بينك في خير

Maksudnya :
“Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan.”

(Hadith Riwayat Ashabus Sunan kecuali An Nasai dan lihat Shahih Tirmidzi 1/317)

Oct 24, 2010

Rahsia Fadhilat Surah Yasin

Rahsia Kelebihan Ayat 1 - 9 :
Untuk keselamatan diri

Rahsia Kelebihan Ayat 9 :
Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Tapi janganlah digunakan utk elak daripada Kastam/polis. Tu dah niat lain.

Rahsia Kelebihan Ayat 12 :
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Rahsia Kelebihan Ayat 13 - 35 :
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Rahsia Kelebihan Ayat 22 - 23 :
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Rahsia Kelebihan Ayat 29 :
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Rahsia Kelebihan Ayat 30 :
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Rahsia Kelebihan Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Rahsia Kelebihan Ayat 33 - 35 :
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Rahsia Kelebihan Ayat 36 :
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Rahsia Kelebihan Ayat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Rahsia Kelebihan Ayat 38 :
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 39 :
Mengisahkan ilmu falak.

Rahsia Kelebihan Ayat 40 :
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 41 :
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Rahsia Kelebihan Ayat 44 :
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Rahsia Kelebihan Ayat 45 - 48 :
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Rahsia Kelebihan Ayat 49 :
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Rahsia Kelebihan Ayat 50 :
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Rahsia Kelebihan Ayat 58 :
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Rahsia Kelebihan Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Rahsia Kelebihan Ayat 78 - 79 :
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Rahsia Kelebihan Ayat 79 :
Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Rahsia Kelebihan Ayat 82 :
Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

* Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Oct 23, 2010

Surah Yasin Ayat 9

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُونَ

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. [Surah Yasin Ayat 9]

* Kegunaan ayat ini ialah untuk menolak kejahatan musuh dan supaya mereka terkepung. Bacalah ayat ini beberapa kali pada segenggam tanah atau pasir, kemudian dihamburkan ke arah mereka.

Oct 22, 2010

Mencegah dan Merawat Sihir

Berikut adala beberapa bacaan dari al-Quran yang boleh dijadikan amalan (bacaan harian) bagi mencegah dan merawat sihir sebagaimana yang pernah di syarahkan oleh bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh.

1. Surah al-Baqarah : 255 / Ayat Kursi

: {اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ} [البقرة 255].

2. Surah al-'Araf : 117 hingga 122

{وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ، فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ، فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ، وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ، قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ، رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ} [الأعراف 117-122].

3. Surah Yunus : 79 hingga 82

{وَقَالَ فِرْعَوْنُ ائْتُونِي بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ، فَلَمَّا جَاء السَّحَرَةُ قَالَ لَهُم مُّوسَى أَلْقُواْ مَا أَنتُم مُّلْقُونَ، فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ، وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ} [يونس 79-82].

4. Surah Tha Ha : 65 hingga 70]

{قَالُوا يَا مُوسَى إِمَّا أَن تُلْقِيَ وَإِمَّا أَن نَّكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَلْقَى، قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى، فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مُّوسَى، قُلْنَا لا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الأَعْلَى، وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى، فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى} [طه 65-70].

5. Surah al-Kafirun

{قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ، لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، وَلا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ}.

6. Surah al-Ikhlas

{قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، اللَّهُ الصَّمَدُ، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ.

7. Surah al-Falaq

{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِن شَرِّ مَا خَلَقَ، وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ}.

8. Surah al-Nas

{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ}.


Petikan :
Majmu' Fataawa Samaahah alSyeikh Abdul Aziz bib Abdullah bin Baaz : Fatwa Aqidah - 2. susunan Dr Abdullah bin Ahmad al-Thayyaar. Riyad : Daar al-Watan, 1995. ms 649.

Oct 21, 2010

Tips ke Tanah Suci

Tips ke Tanah Suci Serta Pengajaran Kisah

  1. Lakukan solat taubat dengan penuh keikhlasan dan pengharapan sebelum berangkat

  2. Buang segala sifat mazmumah yang ada pada diri sebelum berangkat kerana jika tidak dibuang, takut-takut segala sifat ini akan menonjol di sana kelak.

  3. Jaga tutur kata samada di mulut mahupun di hati. Zikirullah mengelakkan hati dan mulut daripada berkata-kata.

  4. Carilah peluang untuk melakukan kebaikan secara ikhlas di Tanah Suci

  5. Saya telah dipesan oleh Guru saya, Ustaz Suhaimi Rozali, untuk mengamalkan Surah Al-An’am Ayat 61 sebanyak 10,000 kali di Tanah Suci. Sebahagian daripada ayat itu bermaksud “Dan Dialah penguasa mutlak ke atas semua hambaNya. Dan diutusNya kepadamu malaikat-malaikat penjaga.”. Niatkan untuk memohon agar Allah menghantar malaikat penjaga kepada diri kita.

  6. Tidak lekang juga di hati saya surah Al-Baqarah Ayat 286 yang sebahagian daripada ayatnya bermaksud “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang tidak sanggup kami memikulnya.”

  7. Jangan gusar tentang ujian Allah yang bakal menunggu kita di Tanah Suci, fokus dan fikirkan tentang zat dan kasih Ar-Rahim, Tuhan Yang Maha Penyayang.


Sumber: Pengalaman Sebenar di Tanah Suci

Oct 20, 2010

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam

Al-Fatihah 1:2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


Al-An’am 6:45. Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam".


Yunus 10:10. Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!


As-Saffat 37:182. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.


Az-Zumar 39:75. Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!"


Ghaffir 40:65. Dia lah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


Al-Jathiyah 45:36. (Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, – Tuhan sekalian alam.


Sumber: Terjemahan Al-Quran

Oct 19, 2010

Allah tidak bertempat dan ditempatkan

Al-A'raf 7:54. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy, Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam.


Yunus 10:3. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu, maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya, patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?


Ar-Ra'd 13:2. Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) , tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan, Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).


Taha 20:5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.


Al-Furqan 25:59. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah), maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.


As-Sajdah 32:4. Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah, oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya) ?


Al-Hadid 57:4. Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.


Sumber: Kisah Imam Abu Hanifah

Stephen Hawking: God Didn't Create Universe

LONDON, England (CNN) -- God did not create the universe, world-famous physicist Stephen Hawking argues in a new book that aims to banish a divine creator from physics.

Hawking says in his book "The Grand Design" that, given the existence of gravity, "the universe can and will create itself from nothing," according to an excerpt published Thursday in The Times of London.

"Spontaneous creation is the reason why there is something rather than nothing, why the universe exists, why we exist," he writes in the excerpt.

"It is not necessary to invoke God to light the blue touch paper [fuse] and set the universe going," he writes.

His book -- as the title suggests -- is an attempt to answer "the Ultimate Question of Life, the Universe, and Everything," he writes, quoting Douglas Adams' cult science fiction romp, "The Hitch-hiker's Guide to the Galaxy."

2 Sep 2010



"Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)."
Al-Baqarah: 17-18


"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"
Al-Anbiyaa': 30


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – seperti tandan yang kering. Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."

Yaa Sin: 36-40


Artikel:
  1. A Muslim Response To Stephen Hawking’s Latest Pronouncements About God
  2. Hamza Andreas Tzortzis | Comment: The Stephen Hawking Delusion
  3. TheWhitePath: Stephen Hawking Has a God As Well
  4. Allah Made Me An Atheist

Oct 18, 2010

Alam Yang Terbentang Luas

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang ada tanda-tanda bagi orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
Surah Al-Imran: 190-191

"Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah)."
Surah Al-Qaaf: 7-8

Semoga kita semua mampu belajar sesuatu daripada alam yang terbentang luas ini sebelum mata ini terpejam buat selamanya. Juga, semoga kita bisa meningkatkan keimanan dan amal soleh kepada NYA ,serta termasuk dalam kaum yang memikirkan. Insya Allah.

Sumber: Indahnya Belajar Daripada Alam

Beruntunglah Orang Yang Mensucikan Jiwa

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari
Dan bulan apabila mengiringinya
Dan siang apabila menampakkannya
Dan malam apabila menutupinya
Dan langit serta pembinaannya
Dan bumi serta penghamparannya
Dan jiwa serta penyempurnaannya
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya


Surah Asy-Syams Ayat 1-10

Oct 17, 2010

Ketenangan Jiwa

Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

"Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
Surah Al-Ra‘ad: 28

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
Surah Al-An‘am: 32

"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan."
Surah Luqman: 6

"(Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya)."
Surah Al-A‘raf: 51

Sifat 20 Allah



Sebagai Sang Khalik, Allah swt memiliki sifat-sifat yang tentunya tidak sama dengan sifat yang dimiliki oleh manusia ataupun makhluk lainnya. Mengenal sifat-sifat Allah dapat meningkatkan keimanan kita. Seseorang yang mengaku mengenal dan meyakini Allah itu ada namun ia tidak mengenal sifat Allah, maka ia perlu lebih mendekatkan diri kepada Allah swt. Sifat-sifat Allah yang wajib kita imani ada 20, iaitu:

  1. Wujud
    Sifat Allah yang pertama yaitu Wujud. Wujud artinya ada. Umat muslim yang beriman meyakini bahwa Allah swt ada. Untuk itulah kita tidak boleh meragukan atau mempertanyakan keberadaanNya. Keimanan seseorang akan membuatnya dapat berpikir dengan akal sehat bahwa alam semesta beserta isinya ada karna Allah yang menciptakannya.
    "Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah, Rabb semesta alam." (QS. Al-A’raf: 54)

  2. Qidam
    Qidam berarti dahulu atau awal. Sifat Allah ini menandakan bahwa Allah swt sebagai Pencipta lebih dulu ada daripada semesta alam dan isinya yang Ia ciptakan.
    "Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zahir dan yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." (QS. Al-Hadid: 3)

  3. Baqa’
    Sifat Allah Baqa’ yaitu kekal. Manusia, hewan ,tumbuhan, dan makhluk lainnya selain Allah akan mati dan hancur. Kita akan kembali kepadaNya dan itu pasti. Hanya Allah lah yang kekal.
    "Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Rabb-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." (QS. Ar-Rahman: 26-27)

  4. Mukhalafatu lil Hawadits
    Sifat Allah ini artinya adalah Allah berbeda dengan ciptaanNya. Itulah keistimewaan dan Keagungan Allah swt.
    "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (QS. Asy-Syura: 11)

  5. Qiyamuhu bi Nafsihi
    Sifat Allah selanjutnya yaitu Qiyamuhu binafsihi, yang artinya Allah berdiri sendiri. Allah menciptakan alam semesta, membuat takdir, menghadirkan surga dan neraka, dan lain sebagainya, tanpa bantuan makhluk apapun. Berbeda dengan manusia yang sangat lemah, pastinya membutuhkan satu sama lain.
    "ALLAH, tidak ada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya." (QS. Ali-Imran: 2)

  6. Wahdaniyyah
    Sifat Allah Wahdaniyyah yaitu esa atau tunggal. Hal ini sesuai dengan kalimat syahadat, Asyhadu alaa ilaa ha illallah, Tiada Tuhan selain Allah.
    "Sekiranya ada di langit dan di bumi ilah-ilah selain ALLAH, tentulah keduanya itu sudah rusak binasa. Maka Maha Suci ALLAH yang mempunyai Arsy daripada apa yang mereka sifatkan." (QS. Al-Anbiya: 22)

  7. Qudrat
    Qudrat adalah berkuasa. Sifat Allah ini berarti Allah berkuasa atas segala yang ada atau yang telah Ia ciptakan. Kekuasaan Allah sangat berbeda dengan kekuasaan manusia di dunia. Allah memiliki kuasa terhadap hidup dan mati segala makhluk. Kekuasaan Allah itu sungguh besar dan tidak terbatas, sedangkan kekuasaan manusia di dunia dapat hilang atas kuasa Allah swt.
    "Sesungguhnya ALLAH berkuasa atas segala sesuatu." (QS. Al-Baqarah: 20)

  8. Iradat
    Iradat berarti berkehendak. Sifat Allah ini menandakan bahwa Allah swt memiliki kehendak atas semua ciptaanNya. Bila Allah telah berkehendak terhadap takdir atau nasib seseorang, maka ia takkan dapat mengelak atau menolaknya. Manusia hanya dapat berusaha dan berdoa, namun Allah lah yang menentukan. Kehendak Allah ini juga atas kemauan Allah tanpa ada campur tangan dari manusia atau makhluk lainnya.
    "Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki." (QS. Hud: 107).

  9. Ilmu
    Ilmu artinya mengetahui. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, meskipun pada hal yang tidak terlihat. Tiada yang luput dari penglihatan Allah.
    "Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu akan memberitahukan kepada ALLAH tentang agamamu (keyakinanmu), padahal ALLAH mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu." (QS. Al-Hujurât: 16)

  10. Hayat
    Sifat Allah Hayat atau Hidup. Namun hidupnya Allah tidak seperti manusia, karena Allah yang menghidupkan manusia. Manusia bisa mati, Allah tidak mati, Ia akan hidup terus selama-lamanya.
    "Allah tidak ada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur." (QS. Al-Baqarah: 255)

  11. Sam’un
    Sifat Allah Sam’un atau mendengar. Allah selalu mendengar semua hal yang diucapkan manusia, meskipun ia berbicara dengan halusnya atau tidak terdengar sama sekali. Pendengaran Allah tidak terbatas dan tidak akan pernah sirna.
    "Dan Allah-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. Al-Maidah: 76)

  12. Basar
    Basar artinya melihat. Penglihatan Allah juga tidak terbatas. Ia dapat melihat semua yang kita lakukan meskipun kita melakukan sesuatu secara sembunyi-sembunyi. Allah mampu melihat, naik yang besar maupun yang kecil, yang nyata maupun kasat mata. Sifat Allah ini menandakan bahwa Allah Maha Sempurna.
    "Sesungguhnya ALLAH mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (QS. Al-Hujurat: 18)

  13. Kalam
    Kalam artinya berfirman. Sifat Allah ini dapat kita lihat dengan adanya Al Quran sebagai petunjuk yang benar bagi manusia di dunia. Al Quran merupakan firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.
    "Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung." (QS. An-Nisa: 164)

  14. Qadirun
    Sifat Allah ini berarti Allah adalah Dzat yang Maha Berkuasa. Allah tidak lemah, Ia berkuasa penuh atas seluruh makhluk dan ciptaanNya.
    "Sesungguhnya Alllah berkuasa atas segala sesuatu." (QS. Al Baqarah: 20).

  15. Muridun
    Allah memiliki sifat Muridun, yaitu sebagai Dzat Yang Maha Berkehendak. Ia berkehendak atas nasib dan takdir manusia.
    "Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melaksanakan apa yang Dia kehendaki." (QS.Hud: 107).

  16. ‘Alimun
    Sifat Allah ‘Alimun, yaitu Dzat Yang Maha Mengetahui. Allah mengetahui segala hal yang telah terjadi maupun yang belum terjadi. Allah pun dapat mengetahui isi hati dan pikiran manusia.
    "Dan Alllah Maha Mengetahui sesuatu." (QS. An Nisa’: 176).

  17. Hayyun
    Allah adalah Dzat Yang Hidup. Allah tidak akan pernah mati, tidak akan pernah tidur ataupun lengah.
    "Dan bertakwalah kepada Allah yang hidup kekal dan yang tidak mati." (QS. Al Furqon: 58).

  18. Sami’un
    Allah adalah Dzat Yang Maha Mendengar. Allah selalu mendengar pembicaraan manusia, permintaan atau doa hambaNya.
    "Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." (QS. Al Baqarah: 256).

  19. Basirun
    Allah adalah Dzat Yang Maha Melihat. Sifat Allah ini tidak terbatas seperti halnya penglihatan manusia. Allah selalu melihat gerak-gerik kita. Oleh karena itu, hendaknya kita selalu berbuat baik.
    "Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (QS. Al Hujurat: 18).

  20. Mutakallimun
    Sifat Allah ini berarti Yang Berbicara. Allah tidak bisu, Ia berbicara atau berfirman melalui ayat-ayat Al Quran. Bila Al Quran menjadi pedoman hidup kita, maka kita telah patuh dan tunduk terhadap Allah swt.

Oct 16, 2010

Tiga Amalan Yang Membantu di Alam Barzah

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,

"Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendo'akannya."

(Hadis Riwayat Muslim)


Pertama : Sedekah jariah.

Termasuk dalam sedekah jariah adalah mewakafkan tanah dan membina rumah anak-anak yatim dan miskin, masjid, sekolah agama dan tahfiz, hospital, rumah kebajikan, pusat pemulihan dadah dan akhlak, menghadiahkan al-Qur'an dan kitab-kitab agama.


Kedua : Ilmu yang dimanfaatkan.

Mengajarkan ilmu kepada orang lain. Termasuk juga menulis buku, risalah dan menyebarkan ilmu melalui vedio, internet dan teknologi makluman lain. Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud, "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat." (Riwayat al-Bukhari). Termasuk juga ilmu sains dan teknologi yang mendatangkan banyak manfaat kepada kehidupan manusia.


Ketiga : Do'a daripada anak yang soleh.

Anak yang soleh sebenarnya lahir daripada didikan ibu bapanya semasa hidup di dunia. Ibu bapa menghantar ke sekolah diberinya didikan agama, di ajarkannya iman dan akhlak yang mulia. Segala pengorbanan ibu bapa membesarkannya dari aspek fizikal, pemikiran, emosi dan kerohanian. Ibu bapa telah memberikan segala-galanya hingga ia menjadi anak yang soleh.

Untuk membalas jasa baik ibu bapa yang telah meninggal dunia anak yang soleh sentiasa mendo'akan mereka dengan kata-kata,

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi diriku sewaktu aku kecil dahulu."

Oct 15, 2010

Asmaul Husna



01 Ar-Rahman Yang Maha Pemurah
02 Ar-Rahim Yang Maha Mengasihi
03 Al-Malik Yang Maha Menguasai
04 Al-Quddus Yang Maha Suci
05 Al- Sallam Yang Maha Selamat Sejahtera
06 Al-Mu'min Yang Maha Melimpahkan Keamanan
07 Al-Muhaimin Yang Maha Pengawal serta Pengawas
08 Al-Aziz Yang Maha Berkuasa
09 Al-Jabbar Yang Maha Kuat
10 Al-Mutakabir Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya
11 Al-Khaliq Yang Maha Pencipta
12 Al-Bari Yang Maha Menjadikan
13 Al-Musawwir Yang Maha Pembentuk
14 Al-Ghaffar Yang Maha Pengampun
15 Al-Qahhar Yang Maha Perkasa
16 Al-Wahhab Yang Maha Penganugerah
17 Al-Razzaq Yang Maha Pemberi Rezeki
18 Al-Fattah Yang Maha Pembuka
19 Al-'Alim Yang Maha Mengetahui
20 Al-Qabidh Yang Maha Pengekang
21 Al-Basit Yang Maha Melimpah Nikmat
22 Al-Khafidh Yang Maha Perendah (Pengurang)
23 Ar-Rafi' Yang Maha Peninggi
24 Al-Mu'izz Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)
25 Al-Muzill Yang Maha Menghina
26 As-Sami' Yang Maha Mendengar
27 Al-Basir Yang Maha Melihat
28 Al-Hakam Yang Maha Mengadili
29 Al-'Adl Yang Maha 'Adil
30 Al-Latif Yang Maha Lembut serta Halus
31 Al-Khabir Yang Maha Mengetahui
32 Al-Halim Yang Maha Penyabar
33 Al-'Azim Yang Maha Agung
34 Al-Ghafur Yang Maha Pengampun
35 Asy-Syakur Yang Maha Bersyukur
36 Al-'Aliy Yang Maha Tinggi serta Mulia
37 Al-Kabir Yang Maha Besar
38 Al-Hafiz Yang MahaMemelihara
39 Al-Muqit Yang Maha Menjaga
40 Al-Hasib Yang Maha Penghitung
41 Al-Jalil Yang Maha Besar serta Mulia
42 Al-Karim Yang Maha Pemurah
43 Ar-Raqib Yang Maha Waspada
44 Al-Mujib Yang Maha Pengkabul
45 Al-Wasi' Yang Maha Luas
46 Al-Hakim Yang Maha Bijaksana
47 Al-Wadud Yang Maha Penyayang
48 Al-Majid Yang Maha Mulia
49 Al-Ba'ith Yang Maha Membangkitkan Semula
50 Asy-Syahid Yang Maha Menyaksi
51 Al-Haqq Yang Maha Benar
52 Al-Wakil Yang Maha Pentadbir
53 Al-Qawiy Yang Maha Kuat
54 Al-Matin Yang Maha Teguh
55 Al-Waliy Yang Maha Melindungi
56 Al-Hamid Yang Maha Terpuji
57 Al-Muhsi Yang Maha Penghitung
58 Al-Mubdi Yang Maha Pencipta dari Asal
59 Al-Mu'id Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
60 Al-Muhyi Yang Maha Menghidupkan
61 Al-Mumit Yang Mematikan
62 Al-Hayy Yang Senantiasa Hidup
63 Al-Qayyum Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64 Al-Wajid Yang Maha Penemu
65 Al-Majid Yang Maha Mulia
66 Al-Wahid Yang Maha Esa
67 Al-Ahad Yang Tunggal
68 As-Samad Yang MenjadiTumpuan
69 Al-Qadir Yang Maha Berupaya
70 Al-Muqtadir Yang Maha Berkuasa
71 Al-Muqaddim Yang Maha Menyegera
72 Al-Mu'akhkhir Yang Maha Penangguh
73 Al-Awwal Yang Pertama
74 Al-Akhir Yang Akhir
75 Az-Zahir Yang Zahir
76 Al-Batin Yang Batin
77 Al-Wali Yang Wali / Yang Memerintah
78 Al-Muta'ali Yang Maha Tinggi serta Mulia
79 Al-Barr Yang banyak membuat kebajikan
80 At-Tawwab Yang Menerima Taubat
81 Al-Muntaqim Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
82 Al-'Afuw Yang Maha Pengampun
83 Ar-Ra'uf Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84 Malik-ul-Mulk Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85 Dzul-Jalal-Wal-Ikram Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
86 Al-Muqsit Yang Maha Saksama
87 Al-Jami' Yang Maha Pengumpul
88 Al-Ghaniy Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
89 Al-Mughni Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90 Al-Mani' Yang Maha Pencegah
91 Al-Darr Yang Mendatangkan Mudharat
92 Al-Nafi' Yang Memberi Manfaat
93 Al-Nur Yang bercahaya
94 Al-Hadi Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95 Al-Badi' Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96 Al-Baqi Yang Maha Kekal
97 Al-Warith Yang Maha Mewarisi
98 Ar-Rasyid Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
99 As-Sabur Yang Maha Penyabar

Oct 14, 2010

25 Rasul



  1. Adam a.s.
  2. Idris a.s.
  3. Nuh a.s.
  4. Hud a.s.
  5. Salleh a.s.
  6. Ibrahim a.s.
  7. Luth a.s.
  8. Ismail a.s.
  9. Ishak a.s.
  10. Ya'akub a.s.
  11. Yusuf a.s.
  12. Ayyub a.s.
  13. Shu'aib a.s.
  14. Musa a.s.
  15. Harun a.s.
  16. Zulkifli a.s.
  17. Daud a.s.
  18. Sulaiman a.s.
  19. Ilyas a.s
  20. Ilyasa' a.s.
  21. Yunus a.s.
  22. Zakaria a.s.
  23. Yahya a.s.
  24. Isa a.s.
  25. Muhammad s.a.w.

Sejarah ringkas 25 Rasul

Memohon Pengampunan Allah

Surah al-Anbiya ayat 87 (Doa Nabi Yunus)

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

"Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."


Surah Al-A’raf Ayat 23

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ


"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi."

Oct 13, 2010

Manusia

Manusia selalu meminggirkan kita. Manakala kita pula selalu meminggirkan Allah taala. Kita akan berpisah dengan manusia sedangkan kita akan bertemu dengan Allah.

Oct 12, 2010

Baraka Allahu Lakuma - Maher Zain



We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Du'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.


From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Oct 11, 2010

Kita Bertanya Quran Menjawab

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?

QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga untuk mereka...... "
- Surah At-Taubah ayat 111

Oct 10, 2010

Kejadian Manusia

Surah Al-Insan

[1] Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

[2] Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

[3] Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

Sumber: http://www.alquran-melayu.com/76-al-insan/


Surah Al-Qiamat

[36] Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

[37] Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

[38] Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

[39] Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.

[40] Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu – tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Sumber: http://www.alquran-melayu.com/75-al-qiamat/

Oct 9, 2010

Solat Jamak dan Qasar

Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى


Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى


Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى


Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


Sumber: http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jamak_dan_qasar.htm

Oct 8, 2010

Doa berlindung dari Kehilangan Ni’mat


اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُبِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ ، وَ تَحَوُّلِ عاَفِيَتِكَ ، وَ فُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ


Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari hilangnya nikmat Mu, hilangnya afiat yang Engkau berikan, kemurkaanMu yang datang secara tiba-tiba dan keseluruhan kemurkaanMu [1]

Petua Beramal

Nikmat anugerah Allah hendaklah disyukuri. Hakikatnya nikmat tersebut tidak ternilai dengan wang ringgit. Aqal, mata, pendengaran, kekuatan mengingat dan kesihatan merupakan kurniaan Allah yang penting. Tanpanya hidup ini menjadi susah.

Antara usaha yang dilakukan untuk memelihara keupayaan pemberiaan Allah itu ialah kita menggunakannya pada hal-hal ketaatan. Banyakkanlah berdoa dengan doa yang terbukti menjadi amalan Nabi SAW ini, mudah-mudahan ia dapat kekal tanpa hilang dari kita.

[1] HR Muslim no 2379


Sumber:
http://www.facebook.com/note.php?note_id=455476803456
Buku 101 Doa drp Hadis2 Sahih Terbitan Telagabiru Sdn Bhd

Oct 7, 2010

Doa Untuk Anak

Doa Untuk Anak Dari Ustazah Azma.


Doa memohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


Doa memohon zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.


Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan


Doa anak taat kepada Allah - Surah Al-Baqarah ayat 128

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;


Doa diberikan zuriat menyejukkan mata memandang - Surah Al-Furqan ayat 74

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."

Oct 6, 2010

Doa Taubat - Nur Irsyad



Tuhanku, aku tidak layak untuk syurga Mu, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa neraka Mu. Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.

Oct 5, 2010

Surah Al-Fatiha



Surah Al-Fatiha recited by Ziyad Patel with English subtitles.

Terjemahan Surah Al-Fatiha

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Ayatul Kursi

Ayatul Kursi by Qari Ziyad Patel with English Subtitles




Ayat Kursi Dengan Terjemahan Melayu oleh Syeikh Masyari Rasyid Al-Afaasi
Terjemahan Di Baca Oleh Afiq Al-Jawi




Terjemahan Ayat Kursi

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)


Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Oct 4, 2010

Selawat Syifa



اللهمّ صَلِّ على سَيِّدِنَا مُحَمَّد طِبِّ القُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأبْدَان وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأبصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ


"Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya"


Penjelasan Tentang Kekeliruan Selawat Syifa' Dan Selawat Tafrijiyyah