- Lakukan solat taubat dengan penuh keikhlasan dan pengharapan sebelum berangkat
- Buang segala sifat mazmumah yang ada pada diri sebelum berangkat kerana jika tidak dibuang, takut-takut segala sifat ini akan menonjol di sana kelak.
- Jaga tutur kata samada di mulut mahupun di hati. Zikirullah mengelakkan hati dan mulut daripada berkata-kata.
- Carilah peluang untuk melakukan kebaikan secara ikhlas di Tanah Suci
- Saya telah dipesan oleh Guru saya, Ustaz Suhaimi Rozali, untuk mengamalkan Surah Al-An’am Ayat 61 sebanyak 10,000 kali di Tanah Suci. Sebahagian daripada ayat itu bermaksud “Dan Dialah penguasa mutlak ke atas semua hambaNya. Dan diutusNya kepadamu malaikat-malaikat penjaga.”. Niatkan untuk memohon agar Allah menghantar malaikat penjaga kepada diri kita.
- Tidak lekang juga di hati saya surah Al-Baqarah Ayat 286 yang sebahagian daripada ayatnya bermaksud “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang tidak sanggup kami memikulnya.”
- Jangan gusar tentang ujian Allah yang bakal menunggu kita di Tanah Suci, fokus dan fikirkan tentang zat dan kasih Ar-Rahim, Tuhan Yang Maha Penyayang.
Sumber: Pengalaman Sebenar di Tanah Suci
No comments:
Post a Comment