Rasul adalah lelaki yang telah dipilih oleh Allah dari kalangan manusia untuk menjadi utusan dalam menyampaikan berita gembira bagi yang beriman dan khabar buruk bagi mereka yang ingkar.
Apakah beza Nabi dan Rasul?
Nabi adalah lelaki yang menerima wahyu syariat daripada Allah untuk dilakukan oleh dirinya sendiri tanpa disuruh menyampaikannya kepada orang lain.
Rasul adalah lelaki yang menerima wahyu syariat daripada Allah untuk dilakukan oleh dirinya sendiri dan disuruh untuk menyampaikannya kepada orang lain.
Bilangan Nabi dan Rasul
Bilangan 25 rasul yang dinyatakan di dalam al-Quran tidaklah terhad setakat itu sahaja. Bahkan Allah sendiri telah berfirman:
Maksudnya:
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah."
(Ghaffir 40:78)
(Ghaffir 40:78)
Sebahagian ulama’ telah menyatakan bahawa bilangan keseluruhan Nabi dan Rasul adalah 124,000 orang. 315 daripadanya adalah Rasul (termasuk 25 yg disebut di dalam al-Quran) dan selebihnya adalah nabi.
(al-Jazairi: 2003)
Ulul 'Azmi
Ulul 'Azmi bermaksud orang yang mempunyai cita-cita yang kuat dalam menjalankan tugas dan sabar menerima penderitaan.
Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Muhammad adalah nabi-nabi pilihan Allah yang memiliki kisah perjuangan luar biasa. Begitu banyak pengorbanan dan kesulitan yang mereka hadapi. Namun, para nabi tersebut tidak menyerah dan putus asa menyampaikan perintah-perintah Allah SWT kepada umatnya.
No comments:
Post a Comment