Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,
"Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendo'akannya."
(Hadis Riwayat Muslim)
"Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendo'akannya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Pertama : Sedekah jariah.
Termasuk dalam sedekah jariah adalah mewakafkan tanah dan membina rumah anak-anak yatim dan miskin, masjid, sekolah agama dan tahfiz, hospital, rumah kebajikan, pusat pemulihan dadah dan akhlak, menghadiahkan al-Qur'an dan kitab-kitab agama.
Kedua : Ilmu yang dimanfaatkan.
Mengajarkan ilmu kepada orang lain. Termasuk juga menulis buku, risalah dan menyebarkan ilmu melalui vedio, internet dan teknologi makluman lain. Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud, "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat." (Riwayat al-Bukhari). Termasuk juga ilmu sains dan teknologi yang mendatangkan banyak manfaat kepada kehidupan manusia.
Ketiga : Do'a daripada anak yang soleh.
Anak yang soleh sebenarnya lahir daripada didikan ibu bapanya semasa hidup di dunia. Ibu bapa menghantar ke sekolah diberinya didikan agama, di ajarkannya iman dan akhlak yang mulia. Segala pengorbanan ibu bapa membesarkannya dari aspek fizikal, pemikiran, emosi dan kerohanian. Ibu bapa telah memberikan segala-galanya hingga ia menjadi anak yang soleh.
Untuk membalas jasa baik ibu bapa yang telah meninggal dunia anak yang soleh sentiasa mendo'akan mereka dengan kata-kata,
"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi diriku sewaktu aku kecil dahulu."
No comments:
Post a Comment