Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Oct 8, 2010

Doa berlindung dari Kehilangan Ni’mat


اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُبِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ ، وَ تَحَوُّلِ عاَفِيَتِكَ ، وَ فُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ


Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari hilangnya nikmat Mu, hilangnya afiat yang Engkau berikan, kemurkaanMu yang datang secara tiba-tiba dan keseluruhan kemurkaanMu [1]

Petua Beramal

Nikmat anugerah Allah hendaklah disyukuri. Hakikatnya nikmat tersebut tidak ternilai dengan wang ringgit. Aqal, mata, pendengaran, kekuatan mengingat dan kesihatan merupakan kurniaan Allah yang penting. Tanpanya hidup ini menjadi susah.

Antara usaha yang dilakukan untuk memelihara keupayaan pemberiaan Allah itu ialah kita menggunakannya pada hal-hal ketaatan. Banyakkanlah berdoa dengan doa yang terbukti menjadi amalan Nabi SAW ini, mudah-mudahan ia dapat kekal tanpa hilang dari kita.

[1] HR Muslim no 2379


Sumber:
http://www.facebook.com/note.php?note_id=455476803456
Buku 101 Doa drp Hadis2 Sahih Terbitan Telagabiru Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment